Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 79

A A A
Alkitab Versi Borneo

Mazmur Asaf. 1AYa Allah, bangsa-bangsa telah merampas warisan pusaka-Mu;

Bait Suci-Mu telah dicemari oleh mereka, mereka telah meruntuhkan Yerusalem.

2Mayat hamba-hamba-Mu

telah diberi mereka sebagai makanan burung angkasa, tubuh umat-Mu yang warak dijadikan habuan binatang di bumi.

3Darah mereka telah ditumpahkan seperti air sekitar Yerusalem,

dan tiada siapa yang mengebumikan mereka.

4Kami telah menjadi bahan celaan negeri-negeri jiran,

sasaran bagi cemuhan dan ejekan mereka yang di sekeliling kami.

5Berapa lama, ya TUHAN? Akan murkakah Engkau selama-lamanya?

Akan terus menyalakah rasa cemburu-Mu seperti api?

6Curahkanlah kemarahan-Mu ke atas bangsa-bangsa yang tidak mengenal-Mu,

dan kerajaan-kerajaan yang tidak menyeru nama-Mu;

7kerana mereka telah menelan Yakub

dan meranapkan tempat kediamannya.

8Janganlah ingat akan dosa kami yang silam;

segeralah limpahkan belas kasihan-Mu ke atas kami, kerana kami telah dijatuhkan sama sekali.

9Tolonglah kami, ya Allah Penyelamat kami,

demi kemuliaan nama-Mu;

lepaskan kami serta berilah kami peluang menebus dosa kami demi nama-Mu.

10Mengapa bangsa-bangsa harus berkata,

"Di mana Allah TUHAN mereka?"

Biarlah bangsa-bangsa sekeliling kami mengetahui pembelaan darah hamba-hamba-Mu yang telah ditumpahkan.

11Biarkan rintihan orang tawanan sampai ke hadirat-Mu;

dengan kebesaran kuasa-Mu peliharalah mereka yang dihukum mati.

12Dan balaskan tujuh kali ganda kepada bangsa-bangsa jiran kami yang telah mencela-Mu, ya Tuhan,

13Oleh itu, kami, umat-Mu dan kawanan domba-Mu,

akan bersyukur kepada-Mu selama-lamanya;

kami akan memuji-Mu turun-temurun.